KAMPUS

Image

Markas PALAPES UiTM Shah Alam

Markas PALAPES UiTM Shah Alam merupakan kompleks yang menempatkan Pejabat Tadbir ketiga-tiga perkhidmatan PALAPES Darat, Laut dan Udara. Ia dibangunkan sekitar tahun 1990an dan telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, pada 16 Februari 1993. Lokasinya adalah bersebelahan dengan Kolej Anggerik dan berdekatan dengan padang kawad UiTM Shah Alam. PALAPES Darat merangkumi komposisi terbesar di dalam kompleks markas tersebut yang lengkap dengan Pejabat Ketua Jurulatih, Tadbir dan Latih & Logistik, pejabat peringkat dan kemudahan setor serta penempatan kenderaan tentera.

Pejabat PALAPES Laut dan PALAPES Udara turut ditempatkan di kompleks markas tersebut kerana terdapat juga penempatan kekal perjawatan pegawai dan anggota daripada PSSTLDM dan MPSTU bagi mengurus hal ehwal PALAPES masing-masing. Kedudukan kompleks markas ini adalah strategik kerana lokasinya adalah berdekatan dengan kesemua kemudahan universiti samada kolej penginapan, pusat kesihatan, kompleks sukan dan sebagainya. Kolej penginapan bagi pegawai kadet lelaki adalah di Kolej Teratai dan pegawai kadet Wanita di Kolej Seroja (bagi kesemua perkhidmatan Darat, Laut dan Udara). Kampus-kampus yang dibawah kawalan dan tadbir urus Markas PALAPES Shah Alam bagi pegawai kadet PALAPES Darat adalah:

  • Kampus Induk Shah Alam

  • Kampus Puncak Alam, Selangor

  • Kampus Puncak Perdana, Selangor

  • Kampus Alor Gajah, Melaka

  • Kampus Bandaraya Melaka

  • Kampus Jasin, Melaka

Hubungi Kami

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

    • dummy+603-5544 3676

  • dummy palapes@uitm.edu.my