PLAS

Program Ko-Kurikulum PLAS (AW/PSSTLDM/PSSTUDM) UITM


UiTM sebagai tonggak institusi pendidikan negara wajar lebih berperanan sebagai platfom memperkukuhkan jati diri bangsa dan patriotisma agar keutuhan perlembagaan dan keharmonian negara terus kekal hingga ke masa hadapan.

Inisiatif program jati diri kolobrasi Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi Angkatan Tentera Malaysia sebagai program pelengkap kepada program Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di peringkat Universiti

Fokus utama program berjam kredit ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada para siswa siswi di seluruh sistem Universiti dengan kemahiran dan pengetahuan ketenteraan serta jati diri tanpa perlu mendaftar kursus ko-kurikulum yang lain.

Ko-kurikulum PLAS Askar Wataniah/PSSTLDM/PSSTUDM ini diwujudkan khusus untuk pelajar-pelajar Diploma yang ditawarkan di Kampus Negeri UiTM. Program ini terbuka kepada kesemua pelajar yang berminat tanpa mengikut program akademik.

Program ini juga terbuka kepada pelajar yang tiada obligasi ko-kurikulum universiti tetapi berminat untuk menyertai program ini.

Modul Askar Wataniah adalah menggunapakai modul Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS), KADAR dan Asas Ketua Seksyen iaitu modul latihan Pusat Latihan Asas Askar Tentera Darat (PUSASDA) dan Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) yang dibahagikan kepada dua (2) peringkat latihan. Program ini dilaksanakan selama dua (2) tahun (4 semester).

Kini program ini telah ditawarkan dan dijalankan di UiTM Cawangan Terengganu dan UiTM Cawangan Melaka. Markas PALAPES sedang merancang untuk menawarkan program ini keseluruh cawangan UiTM di seluruh Negara

Tahun I (Sem 1 & 2) (1 Kredit)

240 jam Latihan Tempatan + 14 hari Latihan Berterusan (Semester 1) dan 15 hari Latihan Khemah Tahunan (Semester 2).

Tahun II  (Sem 3 & 4)(1 Kredit)

240 jam Latihan Tempatan +  14 hari Latihan Berterusan (Semester 1) dan 15 hari Latihan Khemah Tahunan (Semester 2).

Kelebihan

1.     Diiktiraf sebagai program ko-kurikulum berjam kredit diperingkat Universiti

2.     Pengalaman dan pendedahan kepada pengetahuan, budaya, displin dan ilmu ketenteraan

3.     Elaun latihan

4.     Insuran kelompok tentera

5.     Pakaian dan makan minum ditanggung oleh tentera

6.     Jaringan masyarakat

7.     Peluang kerjaya tentera

Image
Image

Hubungi Kami

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

    • dummy+603-5544 3676

  • dummy palapes@uitm.edu.my