Image

PERIHAL TENTANG KAMI

PALAPES, Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 20 buah Universiti Awam seluruh Malaysia.

PALAPES ditubuhkan sebagai pusat melatih pegawai dari kalangan mahasiswa IPTA. Penubuhannya adalah merupakan salah satu progam Negara melalui Kementerian Pertahanan Melaysia yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari IPTA tentang aspek ilmu ketenteraan. Program latihan akan melayakkkan pelajar IPTA ditauliahkan sebagai seorang pegawai bertauliah oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan layak untuk memilih plantun Pasukan Simpanan Tentera Darat (Wataniah), Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. PALAPES juga adalah sebagai perintis jalan untuk mewujudkan satu barisan pegawai simpanan yang sentiasa bersedia untuk digemblengkan bagi menyahut seruan Negara apabila diperlukan. Ia juga merupakan program usahasama di antara tentera dengan IPTA bagi menguatkan benteng pertahananan dan ketahanan negara dari segala ancaman.

Image

SEJARAH KAMI

  • Pengambilan pegawai kadet ITM pertama bermula di Kampus Induk Shah Alam pada tahun 1982 dan telah dilanjutkan ke Kampus Cawangan Perlis dan Cawangan Terengganu dalam tahun 1985.

  • Kuota pengambilan yang diberikan oleh pihak TDM kepada ITM iaitu seramai 220 org setahun yang dibahagikan mengikut nisbah peratusan 150:35:35.

  • Program PALAPES Laut hanya bermula di UiTM pada tahun 1997 dan manakala pengambilan pertama PALAPES Udara serta penawaran program PALAPES Darat di UiTM Melaka hanya bermula pada tahun 2003.

  • Program PALAPES Udara telah ditawarkan di UiTM Sarawak pada tahun 2004 dan telah dihentikan penawarannya sekarang. Kouta pengambilan kedua-dua perkhidmatan ini adalah 70 orang setahun bagi setiap perkhidmatan.

Hubungi Kami

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

    • dummy+603-5544 3676

  • dummy palapes@uitm.edu.my